Salam

Rasanya belum terlambat lagi kan untuk chii ucapkan selamat tahun baru 2012 walaupun terlewat beberapa hari.Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi seribu satu kejayaan pada diri kita semua.Inysa Allah.
Nak cerita banyak, masih tidak berkesempatan lagi untuk chii mencoretkan disini.Sekadar ingin berkongsi cerita tentang tempayan yang merasakan dirinya tidak berguna.Apa pun, semoga mendapat sedikit manfaat dan iktibar dari cerita ini ya.
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.
Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, ”Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”
“Kenapa?” tanya si tukang air, “Kenapa kamu merasa malu?”
“Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi.” kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,
“Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.”
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
“Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang.”
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita pasti akan menemui kekuatan kita.
…//…biarlah jadi seperti tempayan yang retak..yang dapat memberi manfaat yang berguna kepada golongan yang kurang kita sedari berbanding menjadi mulut tempayan..
btol tu..biar la kita ni byk kelemahan asalkan bagi manfaat pada org lain…
faiz recently posted..Kedai Dobi Untuk Si Pemalas
kadangkala , pada orang lain itu adalah satu kelemahan sedangkan jika kita lihat dari sudut lain, ia adalah kebaikan =)
Uikkk ! aku nengok gambar tempayan tu elok jeee … tak der pecah pun

b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
yang pecah tu kat bawah la benjy..sebab tu x nampak :p
Kekadang kita terlupa melihat semua ini sedangkan ia amat berguna sekali bukan sahaja kepada individu tetapi kepada pemimpin juga

b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
betul tu..setiap org..mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza kan
Kalau semua orang berfikiran macam tu … amanlah dunia …

b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
tp kalau semua mempunyai pemikiran yang sama, x menarik la plak dunia kan
Wah, cukup mendalam maksudnya tu. I liiiike! Dari sudut lain, tidak bagus sekiranya kita senantiasa berfikir perkara yang negatif, lama-kelamaan akan menjejaskan keyakinan diri.
shraqs recently posted..Root Untuk Asus Transformer Prime Kini Online
betul tu..sepatutnya…kena berfikiran positif..setiap kejadian di muka bumi..ada kebaikan yang tersendiri
sy like.
indah sekali cerita ni.
sy insan bnyk kelemahan. salu rs rendah diri. cerita tempayan retak menyedarkan sy

Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..kejadian hari ke-2 sekolah.
hehe..chii pun sama..manusia masing2 ada kelemahan tersendri
tiba-tiba rasa terharu plak baca. yup, di samping kelemahan kita sebenarnya kita ni ada satu kelebihan, cuma kita sedar atau tidak je

Zida recently posted..#Resepi – Ikan Keli Masak Cili Merah
kena dalami diri dengan mendalam..baru akan tau
kisah teladan yang sangat bagus
semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2
bukan hanya kelebihan saja
dan bukan hanya kekurangan
tehr recently posted..Siri Bercakap Dengan Ayah | Cikgu Yang Ajar
tak semestinya kekurangan itu tidak berguna kan..
kalau tempayan tu pecah kan boleh di tampal
dgn simen.. boleh tadah air lagikan… =)
Itu simpan baik2 tempayan tuh.. ada harga..
nurmisnan recently posted..Penawar untuk penyakit sesak nafas
heheh…itu bg mereka yg berkemampuan…
wah kisah yang positif chii…tanpa kita sedar
azura recently posted..Demam batuk flu
byk lagi sebenarnya perkara positif kalo kita selami
Happy New Year to u Chii…;-)
Apa azam chii tahun ni?
ahmad kamil recently posted..Buku 555
selamat tahun baru wat kamil juga..
azam? chii nak kawen tahun ni..ehehe..ok x :p
nak nangis. nak nangis..
titan recently posted..Novel Fiksyen 302 yang kacak
nanti chii kasi tisu ye
ganti baru xleh ker, ehehe
Juan recently posted..MasterChef Malaysia Astro Ria Final | Antara Wahidan dan Ezani
tempayan mahal la :p
terharu juga membaca kisah tempayan,biarlah kita juga menjadi seperti tempayan retak yg sgt berjasa pada tuannya walaupun byk kekurangan..:)
puan kutu recently posted..Kuasa Cerita Pada Anak
hurm..betul tu..kadangkala setiap kekurangan itu..punyai kelebihan tersendiri
Ye la.. memang menarik citer ni.. setiap orang ada gunanya
zool recently posted..Masalah ‘categories’ dan ‘tag’ tak berfungsi
heheh…setiap insan adalah insan istimewa..=)
Kisah dan tauladan yang bagus nihh….
Dulu2 masa kt kampung selalu tgk tempayan…la ni dah payah dah. Anak2 lak silap2 dh tak kenal tempayan tu apa….hehehe
yas recently posted..Perhimpunan 901 – Polis Benarkan dgn Bersyarat
tu la pasal..mmg susah nak cari..kalo dulu kat kampung2.mmg byk.krg ni org pakai baldi besar je =)
Terbaik artikel. Mengunakan kekurangan pada diri untuk menjadi yang lebih baik bukan satu kelemahan.
akubiomed recently posted..Ops Ulat Buku Rawang ke 2
betul tu…jgn jadikan ianya satu alasan utk bersedih andai ada kekurangan
Merasa diri ini kerdil sekali dihadapan Allah. Kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita.
amirulfaiz recently posted..Belajar, untuk lulus peperiksaan sahaja?
memang betul..chii setuju ngan amirul…
salam. hebat sungguh pengaran yg tersirat dalam paparan kisah ini. kita ni saling melengkapi satu sama lain. tiada siapa yg sempurna sebenarnya.
dinar recently posted..Ramalan harga emas 2012;
w’salam
betul tu..sepatutnya itu yg seharusnya berlaku..tiada manusia yg sempurna
salam..
payah jaid mulut tempayan mau ngk klu kita zip mulut dia heee
suri recently posted..Natural Love
w’salam
ekekek..yg jadi mulut tmpayan tu…kita jahit je mulut dia..senang citer :p
rumah saya ada tempayan.dulu tok simpan air skr..tempat tanam sayu2an ahhh..
suri recently posted..Natural Love
skrg ni ada lg x suri?? eheh
kalau dihayati, banyak pengajarannya.
tapi kannnn… kalo chii ada tempayan, simpan tau. boleh wat deco. cantik! antik!
sapa kata mulut tempayan x guna? hahahah
mama adam recently posted..Bermain Itu Belajar
hurm..kt umah takde la plak..kat kampung pun..mcm da pecah
erk..mulut tempayan? wat hiasan umah ya :p