L6BLz-M96T-aM2FeMbwE74vWPuk

Rahsia Personaliti Melalui Gaya Cuti

Posted by Chii | Posted in life, personal, semasa, Tips | Posted on 15-01-2012

56

Salam

Bila sebut pasal cuti, pastinya da terbayang destinasi2 yang menarik dalam fikiran bukan.Antara lokasi menarik yang seringkali menjadi pilihan adalah di Cameron Highlands,Pulau2 dan bagi mereka yang mempunyai budget lebih, negara 4 musim akan menjadi pilihan.Jika sebelum ni chii berkongsi tentang kenali diri, hari ni pula, chii ingin berkongsi rahsia personaliti melalui gaya percutian kita.So, check it out yaa…

PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.


BANDAR-BANDAR BESAR

Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.


TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.


BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.


GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.


 

Comments (56)

Macam mana pulak kalau seseorang tu suka semua aktiviti di atas? Mungkinkah personaliti bercelaru. Hehe
Cikgu Hairul recently posted..Buat Duit Dengan Maklumat PeribadiMy Profile

rasanya xxe la bercelaru..tp di gabungkan skali..menjadi insan yg baik ..eehehe

Saya suka mengunjungki tempat-tempat bersejarah.
akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyumMy Profile

chii tau..antara tempat fav..mesti melaka kan =)

wahh..tak sangka melalui percutian dpt tau personaliti..huhu
faiz recently posted..Jangan Kedekut Ilmu dan Membantu OrangMy Profile

rasanya..mcm2 lg yg boleh kita ketahui ttg personaliti..ni baru sebahagian je =)

hehe aku suka bercuti di taman tema dan pulau…
padin recently posted..Apa Asal Kejayaan?My Profile

taman tema? kiranya slalu g genting la ni ye

nak kata selalu tu takla… tapi boleh kata banyak kali jugak,

hurm..chii pernah g..tp x pernah masuk pun..ehehe

Kami suami isteri memang suka bercuti ke pulau2, melakukan activiti lasak dan tempat2 sejarah..
nurmisnan recently posted..Seorang ayah melayan anaknya tidurMy Profile

wahh..seronok tu..chii x berpeluang lg nk ke pulau..selain pulau besar :)

Tapi bab taman2 nih ada kureng sikit kecualiiiiiii
taman bunga tulip.. ohhhhh… lovely.
nurmisnan recently posted..Seorang ayah melayan anaknya tidurMy Profile

taman bunga? taman rma2? taman permainan? eeheh
taman bunga tulip? kat m’sia xde kan…

asal namanya bercuti semua tempat pun best..aduh byknya personaliti.hehe..
puan kutu recently posted..Setahun SudahMy Profile

seronok kan dpt bercuti..lgik2 kalo kt tmpat yg da lama di idam2kan

Errr kalau mcm yas yg suka kat semua tempat2 yg chii tulis kat atas tu camne plak ehh???
yas recently posted..Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012My Profile

ha..klu percutian dlm mmpi cmner plk?

err..x termasuk rasanya tu suri..ehehe

gabungkan je..eehe..senang citer :p

Errrr… Asal dpt bercuti ngan family, suka aje….

Tapi, sejak ada anak, taman tema
la best. Biar dia happy
Mama adam recently posted..To Be ContinueMy Profile

heheh..tp kena kawal kan..tmn tema ramai org

tak kisah manaa asal bercuti sy suka haaaa

kan kan..yg bestnya..cuti ni dpt release kan kepala dari segala beban yg ada

klu cuti tka ingt apa ingt nak suka2 jer..klu bklh nak padam terus ingat keje2 eeee

kalau suka balik kampung personaliti apa chiii…suka mengingati pengalaman hidup sendiri ke agaknya…
azura recently posted..Papa i love u change to be Darkest HourMy Profile

hurm..mungkin juga..eheheh

kalau suka balik kampung maknanya bertanggungjawab. Tapi mungkin juga tak mahu keluarkan belanja yang banyak untuk bercuti
Norasikin recently posted..Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu DijauhiMy Profile

heheh..betul juga tu kan.tp nak kata x keluar belanja tu..rasanya kurang sket je

kalo tiada satu pun di atas.. camana 2.. haha
ArericH recently posted..MungkinMy Profile

uiks..slalunya cuti2 dok g mana je? kat umah je eh

semua suka kecuali yg mendaki gunung. last time zaman2 sekolah je.
Denaihati recently posted..Lee Chong Wei TahniahMy Profile

daki gunung? bestnya..last skali chii g time blaja di mlk 3 thn lepas

Sy ni ikut rembat je. Mana rasa nak je :)
shraqs recently posted..Backlinks Part 1My Profile

hurm..kadang2 kalo plan pun..takut x mdnjadi plak kan :)

dah tua2 ni
aku suka cuti kat rumah je
letih kalau banyak jalan2
tehr recently posted..Badminton Terbuka Malaysia 2012My Profile

hehehe…tu yg paling mudah kan..x payah nk kuarkan bajet pun :)

saya jenis suka pulau, hehehe

hurm..menarik =)

Aku suka nak daki gunung… tapi tak larat… cane?
adamfaiz recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSMMy Profile

err..payah gak tu..x dpt nk tolong

kalu saya suka pergi bercuti kat tempat memancing macamne lak kak..hehehehe
mycherita recently posted..Kata Kata HikmahMy Profile

tu kiranya mcm g sungai2 gak la kan..err..lebih kurang pulau rasanya

gunung-ganang tu memang tempat aku melepak tu. haha..
titan recently posted..Lelaki kacak takkan mudah putus asa.My Profile

wahh..mesti da byk yg da di daki ni kan..ke setakat dok kaki gunung je

Cara saya bercuti senang je. Bila ada cuti, saya akan memandu bersama keluarga tanpa tujuan. Bila nampak sesuatu yang happening, menarik atau belum pernah saya jumpa, baru saya akan berhenti. Penat, baru cari tempat penginapan kat mana-mana yang lalu.
Norasikin recently posted..Contoh Bisnes Atas Angin Yang Perlu DijauhiMy Profile

cuti kt melaka heee best

errr…kiranya xde planning la ni ye..lebih kurang boss chii..sebab..kadang2 kalo da plan..last minit kena cancel..lgi sakit ati

atok suko bercuti di pulau dan taman tema…hihi

taman tema? slalu g genting ye tok

lady suka bercuti di pulau dan tempat2 bersejarah.. kalau ke mana2 mesti lady cr muzium.. :P ..
LadyBird recently posted..Petua Menjaga MindaMy Profile

klua da wang perlu pergi best gak pegi sama2 kwn2 atau fmly :)

g ngan kawan2 yg sama minat..ok la..=)

owh..muzium2 di melaka..da pergi? best2..lgik kalo masuk istana kesultanan melaka =)

tak isah campak mana asal blh hidup panai jaga diri ok jer heeee

heheh..betul tu..yg penting lagi..bersama insan2 yg tersayang kan =)

Write a comment

CommentLuv badge