Proses Pemindahan Udang Galah

Salam


Hai semua,selamat datang kembali ke teratak chii. Memandangkan dah lama sangat chii tidak bercerita , apa kata kali ni chii berkongsi serba sedikit tentang skop kerja atau tugas baru chii di pekan Pahang. Ramai yang menyangka kan chii bekerja di kolam udang dan akan dapat makan udang selalu. Owh, itu tidak benar sekali. Chii kini bekerja di hatchery atau pun pusat penetasan bagi benih udang galah. Udang kara mahupun udang dara, tiada sama sekali ye Encik Titan
Terletak di Sg Miang, Pekan Pahang. Bagi mereka yang pernah atau biasa dengan negeri Pahang, tau la di mana lokasi nya. Baik lah, berbalik pada cerita awal. Setiap hari, chii akan memeriksa induk udang galah yang telah di tempatkan di beberapa tangki kecil. Sama ada induk-induk tersebut sudah melepaskan telur/benih atau pun belum.

Induk-induk betina yang telah matang akan ditempatkan di tangki kecil bagi memboleh kan ia menetaskan/melepaskan benih nya


Sesudah memastikan tangki mana yang mempunyai benih yang sudah dilepaskan, seterusnya induk yang sudah lepas atau belum lepas telur akan di asingkan.

Induk yang da lepas telur

Induk yang belum lepas telur

Benih-benih tadi akan di tapis untuk di pindahkan ke tangki yang lebih besar.

Benih yang da di tapis dan sedia di pindah

Tangki-tangki yang menempatkan benih udang

Tangki yang boleh memuatkan benih dalam anggaran 255k setiap Satu

 

Itu antara kerja/ tugas yang harus chii lakukan setiap pagi bersama-sama dengan 2 lagi rakan sekerja. Begitulah rutin seharian chii hari-hari selain member makan pada benih udang, menukar air,menambah salinity air, membersihkan dasar tangki sekiranya ada kekotoran dan sebagainya. Hari-hari main air. Hari – hari memerlukan pergerakan yang banyak sebab akan pergi dari satu tangki ke tangki yang lain untuk menukar atau menambhg air. Tidak hanya duduk kecuali bila semua kerja da settle. Menarik bukan?? Satu kerja yang Nampak mudah, tapi sangat remeh dan sensitive. Untuk pengetahuan korang semua, udang adalah antara ternakan yang sangat sensitive dan mudah kena stress. Bukan setakat manusia je yang stress , udang turt mengalaminya. Dan ia boleh mengakibatkan kematian yang sudah boleh di duga.

Chii stop di sini dulu k, insya Allah next time chii kongsi perkara lain gak. Tentang makanan nya, dari mana kami dapatkan induk , berapa besar benih yang akan di jual dan sebagainya. Selain udang, kami disini turut menternak ikan siakap. Bagi mereka-mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang akuakultur, berkenaan ikan keli,ikan kerapu atau sebarang jenis ikan boleh la msg chii okeh. Sebab nya, kitorang punya advisor merupakan pakar dalam bidang akuakultur. ?

Owh ye, berkenaan soalan hadi@ amirez tentang ikan keli, chii da pun tanyakan pasal ni. Katanya ikan keli tidak menguntungkan selain kos untuk makanan nya adalah tinggi. Sebabnya di tempat hatchery yang sedang chii bekerja ini telahpun menjalan perternakan ikan keli sebelum ini. Lagi pun, ikan keli x berapa best sangat. Better ikan siakap, tak pun tilapia. Eheheh.. ok ok. Chii nak sambung wat keje dulu. Arini kena wat overtime since semua orang ada hal plak.Sebarang pertanyaan atau persoalan boleh tinggalkan di ruangan komen ye. Jangan notty-notty k :p

Kolam yang menempatkan induk-induk yang da lepaskan telur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

97 thoughts on “Proses Pemindahan Udang Galah

  1. Pingback: Proses Pemindahan Udang Galah | Apesal.com

    • haish,mana plak. hehe. udang yg mati akn d asingkan. lgpun kita boleh kenal samada udang ni br mati atau sebaliknya.

      em,hatchery tmpat chii skrg ni menelan belanja berjuta gak :) . mcm2 ada. mungkn kalau berada berhampiran bndar pekan, boleh singgah dan tgk sendiri :)

      • wahh..jutaan modal mulanya..boleh tahan gak tu..tapi pulangan setiap bulan pun pasti boleh balik modal dan untung berpanjangan..

        nanti la kalau ada terlajak sampai ke sana boleh la singgah mengecek udang ternakan chii..hehehe
        pipoq recently posted..Bakor Yeop Bakor !!My Profile

  2. nmpk macam sng tp bkn semudah disangka.udang ni semua sensitif kan.kena jaga betul2 kan.bapak saudara en suami dulunya penah keje dekat hatchery tu gak.Semoga makin berjaya dengan benih2 udang chii ye.hehe..
    puan kutu recently posted..16 Week Already!My Profile

    • betul tu muni. udang sgt sensitif,time mkn dia kn jaga btl2, x semua benih udang tu dpt survive. kalau x kn gaya, ada yg x mdnjadi langsung

      insya allah. terima kasih muni

  3. telur udang diasingkan benihnya…yang saya tahu dari pakcik saya (ada kolam ikan), kalau pasang sangkar kat sungai tunggu dua tiga hari dulu biar udang bertelur dalam sangkar baru lagi sedap dan manis (udang air tawar)….satu lagi info dari pakcik kata di mana ada udang disitu ada buaya…kat situ ada buaya tak hihihi, buaya darat ker…
    azura recently posted..Cadangan dan kritikan buat blog EizilMy Profile

    • erh, mungkin lain cr tp xpe,nanti chii akan share peringkt2 penetasan dan penjagaan benih udang selama 45 hari sblm ia boleh d lepaskn ke dlm kolam

      kami d hatchery, kawasan tertutup,bkn d kolam udang. mungkin ye kot. lg plak, pekerja kt sini kebanyakan perempuan. kalau lelaki pun, hanya 2. tu pun da kawen . hehehe

  4. mesti excited dapat pengalaman baru yang lain daripada yang lain macam tu kan? Tak sume orang tau pasal ternakan udang ni.. nanti ade rezeki leh r chii bukak kolam ternakan sendiri lak kan? experience pun dah ade.. =)
    kay_are recently posted..Coconut Rice..My Profile

  5. owh udang pun boleh stress juga rupanya. ingatkan kucing je yang stress.

    betul jugak, daripada ikan keli baik ikan siakap, lagi sedap. sy tak taulah kenapa orang kelantan suka sangat makan ikan keli. sy nak makan pun rasa lain macam, lagi2 ikan keli ni berbisa. setahu sy apa2 haiwan yg berbisa ni tak elok dimakan.

    tapi siakap lagi mahal daripada keli kan?

    • hehe,ikan pun bleh stress gak :-)

      chii no komen sbb x mkn. mungkn sbb ikan ni murah kot.

      ha ah. ikan siakap lg mahal. tp dia punya kos sgt murah berbnding ikn keli. kalau btl2 berminat nk jau pasal siakap, better jmpa chii punya advisor sbb dia punya kepakaran dlm bdang ni

  6. As salam chii,
    Lama tak singgah sini…hehe
    Menarik skop kerja yg chii buat. Mmg nampak macam remeh tp cukup mencabar nak bela anak2 ni kan? :mrgreen:

    Mmg serius nak tau lebih lanjut pasal2 ternakan ni…thanks chii sudi berkongsi
    hafizmd recently posted..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    • wsalam hafiz. terima kasih sbb sudi lg menjenguk d sini. chii pun da lama x jenguk teratak hafiz dan fieza. harap2 kalian satu family shat2 belaka ye

      hehe,memang mencabar. mcm2 dugaan gak :-)

      insya allah chii akn kongsg yg lain lg pasni

  7. As salam chii, lama tak ke sini. Kat Kedah pun de satu tempat kat Plau Sayak, memang ternak udang galah jugak. Tak le biasa tengok, tapi tahu la sikit2..

    Nak lagi sedap, udang galah tu buat mee udang galah, mmg terangkatlah. hehe
    fiezaradzi recently posted..HujanMy Profile

    • w’ssalam
      haa///betul la tu..kwn chii pernah ke sana sblm ni..kalau ada peluang..nak gak ke sana..tgk teknologi org kat sana plak :)

      mee udang?? mmg best :D

  8. Pingback: 3 Blog Pilihan Terbaik. | EarnCent.com

  9. :smile: sy berhasrat utk menjadi usahawan penetasan udang galah..blh bgtau sy berapa kos permulaan,pusingan modal dan kadar keuntungan..sila beri tunjuk ajar

    • erm…yang tu chii kena tanya pada advisor chii …mungkin syahrin boleh tinggalkan no telefon di email chii..utk memudahkan lagi sebarang keterangan lanjut :)

  10. salam…emm bley bg tau x hrga bnih udang galah berapa?…lagi stu sy sbnrnya brhsrat nk bt bsnes udang galah dlm kolam simen tpi sy xtau apa brg2 yg prlu ada….emm bley terangkn x?

  11. Assalamualaikum chi..

    Banyak peringkat rupanya nak pindahkan udang galah ni. Kita selalu beli je, tak terfikir pun kan.
    * kawan yati cakap, ikan keli leceh sikit nak jaga. Sebab bila ada je anak dia, kena cepat2 pindahkan. Kalau lambat, anak tu selamat kena makan dengan ikan yg besar.

  12. assalamualaikum saudari chi.. saya nak mintak tolong. boleh tolong tanyakan pada tuan empunya hatchery yang chi bekerja ni… dekat mana saya boleh dapat bekalan induk udang? tolong ya..

    • w’salam…bekalan induk? buat masa ni kami sendiri mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan memandangkan keadaan air yg x berapa nak elok..tp kami slalu ambil di pulau jawa , pekan.

      • itu la.. puas jg sy cri induk u.glh ni.. saya baru nak mula buat benih kecil2lan.. tmpt netas dgn asuh dah nak siap.. igt nk minta tlg saudari chi ckp kat bos bleh tak nak dtg mantap kan ilmu kat tempat bos chi? itu pun kalu bos chi ok… saya sudi bayar ongkosnye, tp jgn mahal2 yer.. :oops: . ni no tel saya. 012-3167574, kalo boleh sms sy yer. t.kasih

  13. Salam. Cik Chii, sy cuba memelihara dan menternak udang galah di dalam kolam. selepas proses penetasan, anak udang galah mati selepas kira-kira 15 hari.boleh beri apa-apa nasihat dan tunjuk ajar. Tqvm

  14. sye sebenarny pelajar diploma perikanan kt UMT dan pada sem ini kami ada satu subjek yg bernama praktikal akuakultur dan udang galah telh ditetpkn pd grup kami. Serius memng pyh jage udang ni. dari induk hingga ke post larva memang pyh. tumbesran larva kami byk terbantut dan xdpt untong sebab udang byk mati >< . tpi motif utama kami nak dptkn pengalamn ^^ tpi kalo ternak btol2 serius memng dpt untong beso

    • Hurm..mmg x dinafikan..perlu penjagaan yg rapi dan hati2 br akan dpt hasilnya..anak.owner.hatchery ni pun bekas graduan UMT..

  15. Pingback: Siphon |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Question   Razz  Sad   Evil  Exclaim  Smile  Redface  Biggrin  Surprised  Eek   Confused   Cool  LOL   Mad   Twisted  Rolleyes   Wink  Idea  Arrow  Neutral  Cry   Mr. Green

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge