Salam
Keadaan kawasan sekitar sebelum pembinaan tangki
Yeszaa, seperti yang chii khabarkan di entri sebelum ini, chii bersama rakan-rakan yang lain sibuk menyiapkan tangki untuk anak benih dan induk memandangkan kami mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Alhamdulillah, rezeki untuk tahun 2013. Dan Alhamdulillah, hatchery telah mula beroperasi sepenuhnya kembali sejak akhir bulan Januari.
Chii takmo cerita sangat, apa kata kita layan gambar-gambar yang chii lampir kan di bawah. Satu kejayaan yang besar dalam hidup chii dimana chii dapat mempelajari bagaimana nak ikat bata, plaster,minyak,buat lantai,longkang dan memasang atap zink disamping kerja-kerja lain. Pendek kata, asas untuk buat rumah da ada. Kiranya pasni kalau nak baiki kerosakan atau nak buat sebarang renovation kat rumah, tak perlu lagi upah orang lain da. Sendiri buat sudah :p.

kerja-kerja mengikat bata bermula

luas tangki untuk benih udang

6 biji tangki berjaya dibangunkan


tangki untuk induk dan udang halus

Pemasangan atap zink

kerja-kerja plaster mula dijalankan


minyak lantai dengan bancuhan simen

hasil kerjatangan chii sendiri
Berbalik pada soalan juan, bukan chii xmo jawab. Tapi chii prefer juan datang dan tengok sendiri hatcheri tempat chii bekerja sekarang ni. Segala persoalan dan apa yang berada di minda boleh di jawab terus oleh penasihat hatcheri. Sebagai contoh, bulan lepas pihak kami menerima kunjungan seorang rakan yang dikenali menerusi blog chii. Dia berminat untuk mempelajari tentang teknik dan pembenihan udang galah. Alhamdulillah, rasanya segala apa yang ingin ditanya sudah terjawab. Kan kan?? Makanya, bagi rakan-rakan yang lain juga sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang hatcheri udang galah, boleh la ke tempat hathceri chii bekerja ya. Nanti lagi jelas berbanding apa yang chii kongsi kat blog.Selain itu, boleh tengok sendiri kawasan hatcheri yang sudah siap sepenuhnya.
Baiklah, nak sambung buat kerja dulu. Jumpa lagi di entri seterusnya ya.
chii memang terbaik, meh la kongsikan bagaimana bisnes ni nak buka dari a-z, buat bagi juan, pastu juan akan post kan
Juan recently posted..Siti Hajar Binti Ahmad Sabir – Sebuah Nukilan Kisah Antara Manusia Dengan Agama dan Penciptanya
kalau cerita kt sini..mmg panjang..apa kata juan datang sini..tanya terus ngan advisor kitorang..lg okeh
wah! Hebatnya chii. Alhamdulillah… Rezeki bertambah. Akak doakan chii agar terus berjaya
Rindu tau dgn chii.
xde la sis..ni pun hasil usahama ngan kengkawan kat sini gak…alhamdulillah
err..apesal kawasan hasil kerja chii tu penuh ngan baldi dan sebagainya..tempat orang lain dalam gambar tu lapang je..hehehehe..
pipoq recently posted..Kasih seorang bapa
hahaha… menarik soklan nie… jawab chii… jawab…
terasa mcm nak ternak udang galah plak. Chii boleh guide x?
baguznet recently posted..2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away
heheh..chii jawab da..lgpun chii baru nk belajar..mmg sepah sikit la :p
nak ternak udang? insya Allah..boleh je
chii x kemas lg…ahaha..nak menunjukkan chii buat keje :p
Makin berkembang perternakkan undang dan nampak semakin maju. Tanniah.
akubiomed recently posted..Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hati
alhamdulillah..rezeki tahun 2013
hehehehe, ye cik chii.. hampir kesemua persoalan terjawab.. semoga hatcheri alam nasyarah terus maju dgn adanya “org kuat” mcm chi!!
kat kuantan kan chii…ada rezeki nak jugak tengok chii menjadi usahawan
azura recently posted..Pavlova In Da House
Eh..xla..tp di.pekan.kg sg.miang
jauh maa..macam mana gua mahu datang sanaaaa…
titan recently posted..MITBCA 2013 – Angkara siapa?
xyah datang..dok dendiam je kat banting tu
wahh.. tahniah sebab berjaya jalankan projek tu dengan baik.. bukan senang tu.. dalam bekeje dapat pulak ilmu baru yang boleh digunakan dalam kehidupan.. memang untung sangat kan? =)
kay_are recently posted..Exactly A Week..
alhamdulillah…terima kasih
tu la pasal..lebih2 lg ilmu yg boleh membawa keuntungan
Baik betul pengusaha hatchery tu melayan kunjungan dan pertanyaan pengunjung… Kalau sesiapa berminat dgn bisnes nie, bolehlah datang terus belajar dgn penasihatnya kan cik chii…
Petua Puteri recently posted..Resepi Kek Pelangi Dlm Jar Utk Barang Hantaran Kahwin
yeszaa…dia sendiri kata…ilmu yg ada baik dikongsi..selagi mampu dia tolong..dia akan bantu sebaik mungkin
ha ah..kalau hairul berminat pun..boleh je roger2
Syukur Alhamdulillah rezeki semakin bertambah pada tahun 2013.
Tahniah ya! Dan moga berjaya!
hafidz recently posted..Casio Watch W-202
amin..terima kasih ya
Salam perkenalan chii.. bolh sy melawat ? Mcm mana nk hubungi chii ? bolh sy bawa anak2 sekali…
Wsalam.emm..boleh tinggalkan phone no..later chii inform blk
019 5144239 syah
lama tak dtg jenguk blog chii. mak udang ni.. hehee.. kira chii buat jugaklah kerja2 ni ek? seronok, seronok.. tgk org buat kerja ni pun seronok, apatah lagi buat sendiri kan.. pastu tgk pulak dah siap.. best oo..
lepas ni nak buat rumah, panggil chii lah.. hehe
fiezaradzi recently posted..Produk Kosmetik Campurpalsu
heheh..chii cuma membantu apa yg patut je…mmg seronok..walaupun sakit2 badan dibuatnya :p
semoga usaha chii akan berjya ke muncak..lama2 akan stabilah ni ..moga sukses sllu
suri recently posted..Aku Cinta Sama Kamu !
insya Allah..terima kasih suri