Salam

okla, memandangkan hari ni hari untuk cuti2, apa kata chii berkongsi dengan teman2 beberapa lawak jenaka yang ada dalam simpanan chii.Mungkin juga ada di antara jenaka yang dipaparkan pernah terbaca oleh teman2 semua.Makanya have fun sahaja.Rilex2kan kepala dan semoga peroleh hari minggu yang ceria di samping keluarga tercinta ya.Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia.
Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.
Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.
Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi ‘penerbangan’nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, “Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan”.
Pesakit Jiwa dan Pilot
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, “Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?”. Pesakit itu pun manjawab “Saya bagi tau kat kawan2 saya
…. kalau nak melompat2…………pergi main kat luar!!!!
Insiden di klinik swasta
Satu hari di klinik swasta… Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia… pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk… apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak…
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
haha yg bawah sekali lawak juga..yg dua atas tu pernah terbaca juga..:)
kesian kan..x pasal2 jadi mangsa
haha~~mana dpt nih?
email..kawan chii dok forward..eheheh
mujur sy tak jadi lalat klo tak mati serah diri ar jwbnya heee
aiyaks..nnt kena penggal plak :p
lau jadi katak? erm sy pompuar ar cun..lain katak tu llki blh jadi putera kot heeee
ehehe..nnt chii leh kiss eh :p
ketawa penawar hati yg lara
I loike!!!!!
skali skala kena bawa lawak2 mcm ni..baru terhibur hati