L6BLz-M96T-aM2FeMbwE74vWPuk

Doa dari hadis sohih utk muslimah

Posted by Chii | Posted in personal, tazkirah, Tips, wanita | Posted on 24-02-2012

82

Salam

Seringkali kita lihat di dada2 akhbar, jenayah yang berlaku ke atas wanita.Insya Allah, hari ini chii ingin berkongsi doa dari hadis sohih untuk muslimah yang chii perolehi dari Ustaz Zaharuddin.Amalkan dan istiqamah, insya Allah dapat menghindarkan diri muslimah dari berlakunya perkara2 yang tidak di ingini.
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Ingin saya utarakan satu  doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh
orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

 

Comments (82)

elok di amalkan oleh muslimah.. semoga terpelihara dari kejahatan
adamfaiz recently posted..Senangnya Nak Dapat Visa Pelajar Di MalaysiaMy Profile

insya Allah…sama2 kita amalkan

kesian dia jadi model dlm blog ini lagi huuu

Hehehe…okey pe suri….tomei je nampaknya tuuu
yas recently posted..Kereta "WIRA" Jenama PROTON dibom di IraqMy Profile

model sambilan..berharap dia akn dpt upah nghee..

upah dia?? bawa jalan2 naik moto keliling kampung..ehehe

tomei dan disukai ramai :D

dia mmg da jadi model tetap dlm blog ni..ehehe

berusaha pelbagai cara utk keselamatan diri…
faiz recently posted..DecidedMy Profile

dan ini salah satu cara yang mudah di amalkan :)

huu..payah klu masih keras dlm berubah heee..manusia mmg susah skit nak di tegur..bila2 hal2 tu benar

errr..betul2..chii sokong..dan chii antara salah sorang nnya..eheheh

doa sebagai pelindung.manfaat utk kaum2 hawa..skrg cam2 perkara gila blh jadi hatta dlm sekelip mata jer

tu la..bahaya ada di mana2..maka persiapkan diri dengan pelindung yang ada:)

bagus perkongsian ini chii..harus kena hafal :)
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..jatuh cinta dengan suami orang.My Profile

print pun blh jua =)

pastu bleh dibawa kemana2 :)

insya Allah..chii pun da kena start hafal gak ni

Terima kasih Chii..InsyaAllah akan diedrkan kpd muslimah dlam rumah ni…

Moga doa2 kita dimakbulkan Allah…ameen
hafizmd recently posted..Projek Review Blog di Alexa.com BermulaMy Profile

sama2…amin =)

suka dengan perenggan terakhir. pentingannya juga tindakan pencegahan. senang cerita sendiri cari pasal..he he
Denaihati recently posted..Libur di Pekanbaru bersama Toshiba Portege Z830My Profile

hehehe..itu la ..kalau dok pakaian yg boleh membuatkan lelaki geram…pelindung mcm mana skalipun..ttp x dpt membantu

So…tips dah ada…tinggal nak buat dengan tak nak jee nih….tp ayat yg last tu mmg ….hehehehe – kirenya sendiri mau ingat la kannnn….
yas recently posted..Kereta "WIRA" Jenama PROTON dibom di IraqMy Profile

yesh..mencegah lebih baik dari mengubati :)

bagus doa ni. terima kasih sudi berkongsi. kena suruh isteri selalu amalkan ni :)

ajarkan dia pasti dia terharu dg tindakan bro

ehehe…suri plak mcm mana? :p

alhamdulillah…
sama2 :)

kadang2 saya selalu fikir kita bergaya vouge dan make up tebal untuk siapa, cukup sekadar biasa dan tak perlu menunjuk2…tq chii
azura recently posted..Muhrim Bagi WanitaMy Profile

chii comellah gegirl pakai tudung…mata bulat penuh…
azura recently posted..Muhrim Bagi WanitaMy Profile

heheh…time ni kena paksa…ada time raya..lg comel :)

nak tunjuk kat org kot…ehehe
sama2 azura

alhamdulillah… thanks chii.. boleh tambah
mana yang harus di tampal..
nurmisnan recently posted..Bunga dip dulang hantaran dah siapMy Profile

sama2 nora…=)
boleh..tmpal dlm bilik tdo pn ok :)

suka tengok budak tu…cutenya!
mata beso..

para wanita digalakkan untuk sentiasa berdoa agar dijauhkan dari perkara terkutuk ni..
fakhruddin recently posted..Super Trap Indonesia Terbaik Dari LadangMy Profile

hehehe

betul tu, bukan setakat wanita je..lelaki pun sama gak..kita tgk skrg ni..ramai lelaki yg kena serang..kena simbah asid la..kena bakar la :)

perkongsian menarik sempena hari jumaat yang mulia ini. Tapi saya rasa, walau siapa pun kita atau bagaimana pun cara kita berpakaian, selagi kita percaya kepada ketentuannya… Insya Allah akan termakbul segala doa. Cuma lambat atau cepat sahaja yang akan membezakannya.

Allah itu maha adil. :) Salam jumaat.
Mama Murai recently posted..14 sikap suami yang tidak digemari oleh isteriMy Profile

chii setuju ngan mama….apa pun.kena percaya dan yakin

terima kasih akak atas doa ini..

kalau kita yakin Allah melindungi kita.. dan kita amalkan suruhan-Nya, pasti Allah akan hindari kita daripada kejahatan dunia.. kan akak..
LadyBird recently posted..Manfaat Solat Bagi KesihatanMy Profile

sama2 lady =)

yesh..semoga kita sama2 dpt menghindarkan diri dari semua2 kejahatan :)

rajin-rajinlah berdoa setiap hari ye..
titan recently posted..Jujur itu lebih kacakMy Profile

sy sllu baca bismillah jer sbg sampinga hurm…ken atambah doa2 seperti di atas bgus jua

hehehe…kalau tau byk doa..lg bagus :)

insya Allah Titan :)

berlindung dgn Allah, memang kita kena jugak membaca doa ni selain megelak dari berjalan seorang diri, maklumlah benda ni sekarang semakin menjadi2.
nuriz recently posted..Sinopsis Adam dan Hawa + Aaron Aziz & Nadiya NissaMy Profile

bahaya ada dimana2…nak2 untuk wanita :)

Mungkin mereka berpakaian begitu kerana tidak mahu dikatakan ketinggalan zaman … hehehe
b3njy recently posted..CARA MENYEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINEMy Profile

xkan sampai nak membahayakan diri? fesyen2 gak..tp keselamatan kena jaga juga :)

orang jahat suka awek2 yang seksi lagi mengiurkan … hahahahaha
b3njy recently posted..CARA MENYEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINEMy Profile

erh..ye ke..ada juga gadis2 baik yg menjadi mangsa.. :)

bagus perkongsian nie..klu amalkan tp pakaian tak mengikut syariat macam mana doa nak makbul kan..
puan kutu recently posted..Set Siang Safi Rania GoldMy Profile

tu la pasal..sama mcm xyah baca :)

budak tu comel!! betul2.. bende lain pun camtu.. kalau just doa dan tawakkal ape usaha pun takde.. tak guna gak kan?
kay_are recently posted..I Am True Fan Of..My Profile

hehehe
apa pun..kena slalu ingat D.U.I.T =)

anak siapakah didalam gambar diatas
Juan recently posted..Kejadian Histeria di Flextronics Penang Februari 2012My Profile

anak sepupu…orang yg sama dalam WW la :)

semoga kita smua dilindungi Allah dri kecelakaan dan kejahatan nafsu.
the sun daily recently posted..Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP StudentMy Profile

insya Allah..amin :)

sweet budak tu.

ingatan yang baik utk semua
mama adam recently posted..School Outing Day – First TimeMy Profile

bleh jadi geng adam kan.. :p

alhamdulillah

Boleh diamalkan. Selalulah memohon doa untuk pelindungan daripada anasir-anasir jahat.

insya Allah..harap2 membantu

semoga dapat diamalkan. dan berharap kita sume dijauhi dari malapetaka yang x diinginikan :( aminnnn
taufiq arifin recently posted..LELAKI HANYA PIKIR MASA DEPAN BILA HENDAK BERKAHWIN?My Profile

insya Allah..amin :) jgn sedih2 ya

yang perempuan pun kena pandai supaya tak menaikkan nafsu si lelaki
atok recently posted..Teka-teki paling best # 1My Profile

hehehe..betul tu..kalo doa da dibaca..tp dk pakai seksi..x kemana gak kan :p

terima kasih diatas enttri seperti ini, semoga diteruskan lagi…banyak manfaat
apaajanews recently posted..JUARA PANCING IKANMy Profile

insya Allah..
sama2 aajn =)

Terima kasih chii sebab sudi berkongsi..
Kimmy recently posted..VaccinatedMy Profile

sama2 kimmy =)

bagus ni..
thankz sudi share..
ehehee
mie recently posted..Manisnya Selera Cik Siti Kota BharuMy Profile

alhamdulillah..
my pleasure mie =)

dh baca doa jgn lupa jaga dressing juga.. :)
Jebeng Otai recently posted..Aku anak FeldaMy Profile

hehehe..betul tu..jgn da berusaha..tp xde action :)

So cute budak tu.
Jobless Girl recently posted..Human Resource AssistantMy Profile

heheh..thanks

Hebat hebat pula itu

errr.apa yg hebat

Lama nyepi nh….bz bebeno ke Chii??
yas recently posted..PERADUAN KRAFTANGAN DAN AKUMy Profile

bz bz bz :p

sweet……..

Alhamdulillah.Muslimah2 sekalian amalkan yer.
infoserius [dot] com recently posted..Spesies Katak Terkecil Di DuniaMy Profile

Write a comment

CommentLuv badge