Salam

Bahasa melayu aka bahasa Malaysia merupakan baahasa kebangsaan masyarakat Malaysia. Pada chii, bahasa kebangsaan merupakan salah bahasa yang mudah dipelajari dan difahami berbanding bahasa lain seperti bahasa jepun,cina dan yang mempunyai sebutan yang sukar dan pelik.
Tapi sekiranya kita lihat semula, sekarang ni penggunaan bahasa melayu sudah tidak seindah dahulu. Belum dikira dengan penggunaan slang yang carca marba. Ditambah pula penggunaan short form yang kadang kala memeningkan kepala. Ataupun bahasa yang kadangkala membuatkan kita rasa nak baling je h/phone sebab tak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh pengirim. Ayat2 budak yang perasan comel atau tak cukup umur.
Apa pun, di sini chii ingin berkongsi beberapa contoh penggunaan bahasa melayu sekarang berbanding bahasa zaman dahulu kala. Ini hanya sebahagian. Memang kita akan tergelak dan tersenyum. Tapi inilah trend masa kini anak2 remaja bila berbicara. Wahh..chii pun sudah mula berbahasa sastera pula :p
Ini belum dikira dengan ayat2 lain lagi. Kalau tidak dibendung, takut nanti akan terikut2 pula ketika menulis karangan untuk peperiksaan.
Bahagian A adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B pula zaman sekarang dan
Bahagian C pula cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang
a) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
b) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
c) Wa cakap sama lu …lu kalau mao kropok dia…lu kropok jangan kasi lebam beb
a) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba didepan majlis ini.
b) Kurang ajar sungguh awak nie
c) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh?b*^* punyer budak!
a) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba… akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
b) Cinta aku belum lagi berbalas…ber ilah aku peluang kali ini untuk mengisi ruang hati mu.
c) Beb….wa takmu jiwa-jiwa sama lu…tapi wa suah cintan rabak sama lu…wa takut wa takleh tahan nanti wa terDugong..pls e ahhhhh.
a) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan syawal ialah esok…dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
b) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
c) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser!Yeaaahhooooooo oooooooooo!!!!!!
a) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
b) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu…boleh tak?
c) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau…aku pun nak ikot.
a) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
b) Dia sungguh hebat sekali
c) Mak kao! Pawer siol!
Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Sayangilah bahasa anda sebagaimana anda menyayangi diri anda. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita dengan sebaiknya. Dan bukan dengan merosakkan nya ya. Kalau tidak reti juga, terpaksa la minta cikgu Tehr ajar kan ya. :p
betul, bahasa menunjukkan bangsa, ramai budak2 zaman sekarang sudah tidak menggunakan bahasa asli bukan macam dulu. perkongsian menarik tq
donnyien@yahoo.com recently posted..Match Preview: Manchester United vs Everton and ESPN 2011/12 Result Week #35
tak gunakan bahasa asli tu satu hal..tp bahasa yang dignakan..terlalu carca marba..sampai sukar utk difahami akan maksud yg cuba disampaikan
wah.. cikgu bahasa melayu kita ni.. insya’allah ak akan memperbaiki bahasa kebangasaan aku ni jika sebelum ni ada tersalah bicara

taufiq arifin recently posted..MALAS BASUH PINGGAN SENDIRI SELEPAS MAKAN
erk..cikgu bahasa melayu la sgt..chii sendiri pun kadang2 terlepas pandang juga :p
Rajin pula mengkaji perkembangan bahasa. Bagaimana orang dahulu komen bahasa yang kita gunakan sekarang ini agaknya?
akubiomed recently posted..My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomed
orang dahulu komen bahasa kita? cuba tanya nenek2 atau datuk2 yang masih ada.pasti mereka hanya mampu menggelengkan kepala :p
akan dtg xtaula camne kan..
faiz recently posted..Sakit
akan bercampur dgn berbagai2 lagi…ehehe
gambar yg love tu mash ada di bangunan sek men suri ..melaka
owh..chii x pasti pula kalau2 ada logo ni di sekolah lama chii
banyak bahasa yang baik telah di edit singkatkan..hee tpi klu sbg pelajar mmg tak blh main2 dlm subjek karangan rumusan dn sbgnya..sb tu semua menuntu mereka menguasai bahasa melayu dg penuh..
betul tu suri..kalau da terbiasa guna..nnt takut sewaktu peperiksaan besar..mereka akan gunakan bahasa singkatan atau bahasa pasar yg sering menjadi perbualan mereka
bahasa yang terllu singkat amat susuh gak nak paham..cam suri bila dah ber sms dg anak sedar mmg lebih 10 kli htr sms..sb tak paham tulisan luahan yg dia nak smpikan..
hakikatnya klu dia tulis bhasa mudah paham dok hbis kredit..
bila d simpulkan kan ker jimat masa tulis sebijik2 dok buang masa tegur ayat dia yang singkat2 tu
heheh..kadang2 kita terpaksa berfikri lama utk memahami apa yg di sms kan…bhs singkatan tu lain cerita..yang lagi menyakitkan bila di ubah2..cthnya..shj menjadi sajew..penggunaan bhs -ew. mcm x boleh diterima
sayangilah bahasa anda.bahasa jiwa bangsa tu ar perkataan yang sering kita dengar. tpi bila naik bas ker duduk belakang mesti akan degar suara anak2 sekolah gunakan bahasa yang kesat..kasar huuu,,
aduhai anak2 sekarang …mmg penggunaan bahasa mereka..kadang2 malu nak mendengarnya..lebih2 lagi bila ada mata2 warga emas yg memandang dgn pandangan sinis..
tepuk dahi bila baca ayat budak-budak remaja zaman sekarang.
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Pertama Kali Dapat Sitelinks Dari Google
tau xpe..chii hanya mampu menggeleng kan kepala shj
skang bhs melayu dh mcm terpinggir..:(
tp zaman raja dulu mmg ckp cenggitu ke hihi..ke dlm filem je ckp camtu?
rina avail a.k.a cik betty recently posted..penakut.
hurm..org skrg lebih suka speaking london
rasanya la. sebab tu kalau kita tgk blik sejarah2 lama..pastu penggunaan ayat dlm kehidupan seharian pun..mcm tu juga
bukan bahasa diraja chii tapi bahasa istana, bahasa sastera kini sudah di gelar Bahasa Melayu moden apabila mendapat pengaruh bahasa lain tapi sukar untuk diubah menjadi bahasa Malaysia…
cara bezakan
“ampunkan patik tuanku” bahasa istana
“maafkan hamba” bahasa sastera/ Melayu kuno
“maafkan saya ” bahasa Melayu moden
“minta maaf bro” bahasa sekarang
yang pasti memang berlaku kerosakan dalam bahasa Melayu…
azura recently posted..Sunsilk Impian Ilyana
terima kasih azura sebab berkongsi =)
betul ..memang terlalu byk kerosakan dlm bahasa melayu..terutama sekali oleh golongn muda
kongsi mana yang faham sahaja lagikan kita shabat maya
azura recently posted..Slot Akasia TV3
hehe,..alhamdulillah..apa pun..terima kasih sekali lagi =)
sekarang ni ramai yang “tak faham bahasa” huhu
apapun bahasa kita perlu di pelihara agar ia dapat diwarisi turun temurun =)
hafidz recently posted..susah ke?
hehe..part tak faham bahasa tu..memang sgt tak boleh diajar da tu :p
Wahai tuan hamba
Terlalu sukar bagi hamba mahu memberi ajar
Sedangkan hamba sendiri menggunakan bahasa pasar jua adanya…
Hahaha
tehr recently posted..Pantun Orang Bertanya
hehehe..xpe cikgu..kita sama2 belajar dan mengajar :p
Hamba juga rasanya sudah tergolong digolongan yang ke 2 dan kadang2 hamba juga tergolong didalam golongan ke 3. Sesungguhnya hamba selalu sebegitu apabila bersama2 sahabat2 hamba….- tengok cikgu guna ayat lama, tetiba yas pun nk buat jugak laa…he3x!!
yas recently posted..11 Fatwa orang Yahudi Orthodoks..
ahaks..xpe bro..kita serupa..tp kadang2 je la :p
ganas nya ayat kropokkan die tu..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Proton Preve’ : Traction Control & BA
hahaha…agak la kan..
er… suka yang normal. macam bahasa sekarang. yg dulu2 tu skema sgt, yang remaja guna sekarang pulak, ganas! yg sedang-sedang saja

mama adam recently posted..Singgah Men Shopping Di Kantin
bahasa pasar yg lebih mudah kan
alahai budak2 sekarang,bukan saja tak cakap mengikut bahasa yg betul, kedengaran biadap pulak tu.hoho..
puan kutu recently posted..Cara Bijak Sediakan Makanan Berkhasiat
tu la pasal..silap2..leh wat gado
mmm…zaman skarang ni mmg mulut kuat duk merapu..
“saya penah tak merapu?(tertanya”)hehe
hehe..kuat merapu tu..mmg x dinafikan..cuma jgn sampai terbawa2 pada perkara yg formal =)
uiceh..x penah merapu?? hurmm :p
ayat last tu memang lawak gile ok! bahase aku pun tunggang langgang ke laut gak.. so nak komen macam tak sesuai lak.. -_-
kay_are recently posted..Why Father You Change??
ahahah…masih sempat utk diperbaiki ye :p
Setiap lapisan masyarakat perlulah bersama memelihara bahasa kita.
Jika tidak, bahasa kita pasti terpinggir jauh nanti.
oktant recently posted..Penawar Mujarab Mengubati Resdung
betul tu..kalau tak..takut nnt bhs melayu pupus plak
Ya, sy setuju dgn Chii.

oktant recently posted..Penawar Mujarab Mengubati Resdung
skrg.. org lebih suka guna bahasa rojak.. bahasa asal boleh je… he.he.he.he…
tapi memang perlu diperbetulkan.. jika tidak makin melarat la kan..
Hairul recently posted..Resepi Kek Apa yang Anda Mahukan? Dari Kedai Kek Makcik Saya
Kalau dlm perckpan, ok lg. Tp kalau pelajar2 sekolah pun da terikut2 smpai dlm penulisan dan karangan, memang parah
Setiap bangsa ada gaya bahasa tertentu yang hanya boleh dicapai jika kita berada dalam kelompok mereka untuk sesuatu masa
Tapi saya suka campur2 kalau bercakap atau menulis. langgar habis

nizamghazi recently posted..Analogy Of Malay Web Hacking featuring Tiada Lagi Hentai
hehe..as long org boleh faham. itu tak menjadi masalah. tpi apabila bahasa melayu dijadikan bahasa yg sgt carca marba..aduhai..susah nak faham ;p