Salam

Family Mak Anjang & Pak Ajak : adik no 3 melangkah kakak no 2 =)
Semalam, sewaktu chii masuk blog pasangan suami isteri tentang Perkahwinan yang ada bantahan dan Lelaki Kacak vs Wanita Cantik , berbagai respon telah diberikan oleh teman2 blogger.Lebih2 lagi yang telah melalui alam perkahwinan.Chii pun tidak kurang juga, mencuba nasib memberi respon mengikut logik akal dan pengalaman di samping pandangan orang2 sekeliling.Apa pun kan, kali ni chii nak berkongsi cerita dari seorang atuk yang berpengalaman.Bukan atok blogger tu ye.Tapi seorang atuk.Apa pun,selamat membaca
MUHASABAH:…..Sama2 Fikirkan..
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan
beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan
yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba
seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan bertanya, “Kenapa orang sekarang
kahwin lambat sangat?” Saya lantas bertanya, “Tuk dulu
kahwin cepat?” “Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat
anak seorang…” Terbayang anak perempuan saya yang
menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak
membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai
anak.
“Bahagia Tuk?”
“Tak bahagia apa… anak Tuk 12 orang!”
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur
dengan angka.
“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih
menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar,” adu saya
tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.
“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak
dah tu!”
“Betulkah saya tak sabar, Tuk? ” tanya saya semacam
mengusik.
“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.
Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni
lagilah tak sabar… umur 17 tahun dah kahwin, heh,
heh, heh…”
“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan
soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau
tidak?”
“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu…”
tajam Tuk membalas.
“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya
persediaan tu?”
“Soal ni tak boleh agak-agak… Mesti tepat.”
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.
“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur… Asal
akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur
oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri… Ertinya, seseorang
yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan
baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati
petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin
dahulu?
“Jangan menung… Tuk cuma kata, dah sedikit
sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul…
nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya
sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang
kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara
gading.
“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu
rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an
ini. Terasa terlambat!
“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan…
umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai
belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan
lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka
kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah
diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas
kerukunan rumah tangga.”
“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.
“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang
otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan… ikut
keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik… kerja
kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka
tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai
sekarang ni…”
“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua
kali naik haji.”
“Tak senang. Tapi mudah-mudahan… tenang. Tulah doa
Tuk, biar hidup kita tenang.”
“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang
kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.
“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu.
Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah
boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga
emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar… tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam?
Jauh sekali.” Terbayang kekesalan di wajahnya.
Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul
dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal
pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng
kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja…”
“Kalau macam tu macam mana?”
“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin
isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang
paling asas, belum lagi ilmu… apa orang kata…
… parenting skill.”
“Tuk pun tahu parenting skill?”
“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio,
tv, ceramah, buku-buku… ah, macam-macam.”
“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga… Nanti
terjebak dengan maksiat,” kilas saya.
“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas
satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama,
diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya…
Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal
usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak
kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama
ada, persediaan material ada.”
“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin
kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan
agama?”
“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan
ilmu agama… sampai mati pun tak akan habis dituntut.
Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah
lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material,
soal kerja, profesion… Ni pun tak akan habis-habis.
Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan
sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu
ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada…”
“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?”
terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya
sedari.
“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran
Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang
berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat
maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.”
“Antara dua keadaan ni… yang mana patut kita pilih?”
“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk… pilihlah
keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh
mengundang seribu wacana para sarjana!
//.Sama ada lelaki kacak atau wanita cantik berdebat sekalipun, bila berbicara dengan atok tentang kehidupan.Pasti kalah kan.Almaklumlah, mereka ini semua da makan garam lebih awal dari kita.Bersandarkan ilmu kemanusiaan dan pengalaman, jawapan yang diberi boleh mengalahkan mereka yang punya ijazah sarjana
tu la beza orang dulu kahwin cepat dgn orang sekarang yang nak kahwin cepat gak… persediaan tak de.. nak syok je…
Kalau itu tujuannya maka kita dapatlah… tapi syoknya kejap je..
adamfaiz recently posted..Cermin Mata Internet Google
persiadaan utk syok saje yg mereka lebih2kan…
hafizmd recently posted..Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
Nawaitu kena betul
adamfaiz recently posted..Cermin Mata Internet Google
betul tu..kalau tidak..huru hara jadinya
errr…ada ke yg sampai mcm tu
heheheh..tu la pasal..fikir keseronokan je..adeih
Aku setuju tuh kata2 atok kau.. atehh bila kiranya nak berlangsung?? Jgn lupa jemput aku yerk.. pasti aku dtg.. hik3
nurmisnan recently posted..Earth Hour 2012 di Brunei
hehe…sis dah tanya dulu…tak sempat saye….hehehe
chii, sila jawab dalam masa 30 minit dr sekarang… =)
hafizmd recently posted..Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
alamek…jawapan utk soalan tu..chii x dpt jawab lg..kena ada calon dulu baru leh kawen kan :p
Jangan lambat2..
aisey…lelaki2 yg solo x ramai..semuanya da kena amik :p
ahaks…turn chii ya? insya Allah akan dikhabarkan andai tiba waktunya..:)
takpe chii…lambat sikit takpe, janji jumpa calon yg benar2 berkualiti… =)
hafizmd recently posted..Walau aku bukan yang pertama…
heheh..tu la pasal. skrg ni yg berkualiti..semuanya da berpunya T____T
1. Terima kasih chii utk link =)
2. Mmg terbaiklah nasihat atuk. Persediaan dalaman di awal usia menjadikan kita lebih matang dalam erti kata sebenar.
3. Rasanya, jawapan atuk ni cukup utk menidakkan jawapan2 klise mereka2 yg belum kahwin terutamanya lelaki2 kacak…hehe
4. Tahniah utk adik chii. Kalau dulu2, kena bayar ni, sebab dah langkah bendul…heheheheh
hafizmd recently posted..Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
sama2..lagipun sharing2 is caring kan for certain thing :p
alamek..kesilapan chii plak..ni gambar perkahwinan sepupu chii..bukan nya adik chii..ehehee
Oran veteran makan garam dahulu daripada kita. Banyak pesanan yang disampaikan menunjukkan kematangan beliau.
akubiomed recently posted..Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan
so kita yang muda ni..kadang kala perlu ambil kira pendapt dan saranan yang diberi oleh mereka
alah emak kwinkan aku…kata lirik lagu tu
alalalala..yang da kawen..xyah la nyanyi lagu tu lagi :p
betul juga nak tunggu matang kita kehilangan banyak hal…tentang jodoh kena usaha juga
azura recently posted..Pesaing Ipad
dengan berkahwin kadang2 boleh membangktkan sifat matang dlm diri
yup sebab kita sudah ada tanggungjawab…macam kita tengok vanila coklat
azura recently posted..Wanita muda selalu pitam
tu contoh yg terbaik kan
sy suka mengusik arwah nenek saya byk dia beri pesanan dan petua
hurm..nenek chii xde kasi petua la plak
Suri suka tanya soalan rahsia atas cadar jer tuh.. har3.. Jgn mara aaahhh
nurmisnan recently posted..Earth Hour 2012 di Brunei
erkk…soalan rahsia atas cadar?? adoii
chii kena cpt kwni nie heeee..hrp dalam masa terdekat ni yer
alamek…chii kena tunggu org yg nak dtg minang la ni :p
aah chi jangan lambat2
azura recently posted..Wanita muda selalu pitam
aisey..chii juga ke yng kena ni..
walau pun title sorang atuk tapi memang mendalam kata kata dorang.. tapi betul r.. memang zaman sekarang ramai orang lambat kawin.. mungkin sebab trend masa kini kot.. sume nak pastikan everything secure pas kawin nanti
kay_are recently posted..Because Of Curiosity..
trend masa kini tu mungkin antara satu..dan satu lg..komitmen yg bakal dorang kena hadapi
Hehehe….per lagi Chii…cepat2 la cari calon…dunia klau dikejar tak akan habis punya…mcm yg tok tu cakap….:)
yas recently posted..SENYAP!! – Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone
Paling kiri tu chii kan? Awat tutp muko laks? Hehehe…
yas recently posted..SENYAP!! – Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone
aisey bro..sorry2..ni picture sepupu..bukan family chii
Halamak…sesipi je la tembakan yas tue..he3x!!!
yas recently posted..GAMBAR F/A 18D US TERHEMPAS – Virginia Beach
silap chii gak..x buh caption bebetul sebelum ni
Bukan tutup muka ler brother tapi pieceeeeee…
nurmisnan recently posted..Earth Hour 2012 di Brunei
Ooo…peace yerkk…he3x!!! Awek jepun suka buat aksi mcm tu kan sis kan? hehehe…..
yas recently posted..[GAMBAR] MITSUBISHI EVO 10 ZIZAN RAJA LAWAK
hehehe…ade saje bro yas ni….peaceeeee
hafizmd recently posted..Walau aku bukan yang pertama…
heheh..dia x perasan la tu kot :p
bukan takat awek jepun je..awek2 comel pun suka wat aksi cmtu :p
heheh..betul la tu…silap cameraman
alamak…kalau la semudah tu nak cari calon kan :p ekekeke
semakin lambat kahwin, semakin gelisah n resah…semakin rasa hidup ni tiada hala tuju…bila duit berjuta sekalipun, tapi belum kawin…xleh rasa kenikmatan hidup sepenuhnya…how bad it is…hahaha
p/s : faiz pn blum kawin…hahahahahahaha
faizfakhirin recently posted..#kitchen Canggih 2012, Menyenangkan Ibu-Ibu Untuk Memasak Lauk-Pauk Sambil Tengok Resepi Dengan Mudah.
hurm..yerla kan.Bak kata orang2 lain, adam masih tidak berjumpa dengan rusuk kiri nya
tu yang rasa tak lengkap tu
..haaa…kena cepat2 cari calon n kawin ni..ehehe
sy kawen masa umo en suami 21,bukan utk seronok tp org tua en suami yg minta,mereka minta persetujuan kami juga.mmg ada baiknya beri anak kawen awal walaupun masing2 agak belum cukup matang.
tp bak kata atuk, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul.kira molek benarlah tu..haha..
puan kutu recently posted..Rekod Dunia Paling Lawak
mudanya Puan Muni tapi elok je kekal kan
azura recently posted..Wanita muda selalu pitam
alhamdulillah..so? azura bleh la ikut jejak langkah muni ye
errr..kiranya muni pun sama ngan en suami juga la kan
tp alhamdulillah kan.kadang2 lelaki ni bila da diberi satu tanggungjawab yg besar..secara x sengaja akan timbul sikap matang dlm diri mereka kan
Aku dah lupa, masa aku kawin dulu umur berapa
Hehe
Orang lama ni, kalau nak cedok ilmu pengalaman mereka
Sampai bila pun tak habis
tehr recently posted..Lelaki Kacak Dari Lubnan
erk..bleh plak camtu ye cikgu. ehehe…ini mcm pun ada kah :p
betul tu. sebab tu kena rajin bertanya pd mereka yg da byk pengalaman
atok mmg kacak..byk pengalamannya..

Jebeng Otai™ recently posted..Scion XB RS 7.0
tu belum lg nenek plak yg berkongsi pengalaman kan
oranh tua bnyk pengalaman..boleh jadi untuk panduan atau petua..
akhiyy recently posted..Hotel 30 Tingkat Dalam Masa 15 Hari
betul tu akhiyy. pnduan berguna utk org2 muda mcm kita
niat hati nak kawen muda..
tapi masa selalu xmengizinkan..
eheheee
mie recently posted..Gambar Cara Membuat Takoyaki
alahai..insya Allah…kalau niat tu betul..segalanya akan dipermudahkan
mcm kelapa tua

lagi tua lagi byk santannya
auc dot com recently posted..Lelaki Kacak
hehehe…lg berguna bicaranya
Hahaha, abislah chii..

Orang sekrang lambat matang
Jomtonton recently posted..Ping Dan Menang Wang Tunai di blogr.my!
errr..nape chii plak abih? ehehe…chii ok je ni..ehehe
hehe.. kalau dh mampu n dah ada jodoh, langsung je la kan.. itu xmelibat kan umur

taufiq arifin recently posted..FENOMENA TABIAT KOREK LUBANG PUSAT
setuju..sekirnya xde apa yg menghalang kan. baik dicepatkan
Sy percaya faktor persekitaran yang mainkan peranan yg paaaling besar. Persekitaran hidup dulu tidak memaksa kita mengejar keduniaan sangat, tak macam sekarang. Apapun, pendapat atuk boleh dijadikan sebagai panduan terutama dr aspek didikan agama.
shraqs recently posted..Perkara Paling Penting Dalam Blogging Ialah …
mungkin juga. sekarang ni byk perkara perlu di ambil kira. silap langkah, sendiri juga yang akan merana
rasa macam nak kahwin binino. 2 pula lepas dengar penjelasan atuk tu … hehehehe

b3njy recently posted..GADIS MELAYU MENAWAN DAN BERGETAH
amboih benjy…ada plak pk camtu ni..adeih
sekarang orang lebih pandang kekayaan dunia berbanding kekayaan ilmu akhirat….
sbb tu ramai anak muda terhenti hajatnya utk kawen awal….
sjiehan recently posted..Lelaki Kacak Mangsa Fitnah
hurm..chii setuju ngan Sjiehan. bila dnia melebihi ilmu akhirat…
jadinya..kalau nak kahwin mestilah matang dari segi agama dan kehidupan…
fakhruddin recently posted..Bercuti di Cameron Highland
yerp..nnt secara tidak langsung, rasa tanggungjawab akan ada dlm diri
segeralah berkahwin untuk mengelakkan maksiat..
hehe
fakhruddin recently posted..Bercuti di Cameron Highland
heheh..bagi mereka2 yang da punya calon dan persediaan rapi. elok lah disegerakan ya
terkesan tang ‘matang’ tu. bila fikir balik, lambat rupanya saya nak matang. bila mak ayah dah takde barulah nak belajar untuk jadi matang.
bagus kalau dapat berborak dengan atuk yang macam ni…
Amirez recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 14 April 2012
hehehe…alhamdulillah. lgpun da selamat pun kan. ank pun da ada satu
chii cakap pandai masak..post la masakan yg chii buat..hehehe…
faizfakhirin recently posted..#kreatif Pasir Dijadikan Untuk Mengembangkan Idea Dan Bakat
nk try usha ker bro..hehe

LangkawiHomestay recently posted..Legend of Gua Cerita
ahaks..ke situ plak..adeih
xder la usha bro…kwn kwn…kan arisa..hehee
faizfakhirin recently posted..#BreakingNews Amaran Tsunami Bagi Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, United Kingdom, Malaysia, Mauritius, Reunion, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, Uae, Yemen, Comores, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Crozet Islands, Kerguelen Islands, South Africa, Singapore
heheh..ye ye..kita kawan
err…mana ada pandai..tp xpe..nnt chii cari resepi apa yg sesuai ye
hehehe…nk buat resipi per tu agak2?
faizfakhirin recently posted..#BreakingNews Amaran Tsunami Bagi Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, United Kingdom, Malaysia, Mauritius, Reunion, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, Uae, Yemen, Comores, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Crozet Islands, Kerguelen Islands, South Africa, Singapore
spagetti da siap…pasni lauk2 yg simple je la.
faiz pun boleh masak sendiir kat umah krg
Rasanya ramai isteri sekarang ni membenarkan suami mereka berpoligami betul tak ?

b3njy recently posted..LELAKI KACAK JARANG BLOGWALKING
eh eh..mana benjy tau ni
Owh…. Agak2 saya kawin dulu dah matang la kot…. Nasib baik mak x kasi masa nk kawin time tgh study… — kantoi. Org tua ni, dia nampak lebih dr kita… Fikiran jauh
Mama adam recently posted..Kereta Kuda?
heheh…x sabar eh : tp xpe…semua tu da lepas pun kan =)
Bila baca ni saya terfikir pasal perkahwinan. Zaman dulu dengan sekarang memang ada beza. Beza yang paling ketara wang hantaran dan majlis. Huhu
Entahlah, bila agaknya saya akan jumpa orang yang sesuai.
wang hantaran dan majlis walimah memang selalu menjadi mimpi ngeri bg sesetgh pihak. takpe la, buat sekadar yg termampu dan yg utama
hurm..insya Allah..doa2 la ye.semoga satu hari nanti akan dipertemukan dengan seseorang yg memikat hati =)
atuk dan kakik aku dah meninggal..waa..
titan recently posted..Aku tak setuju mansuh PTPTN.
alahai..chii pun sama gak
Saya jugaaaaaaa…..
Kimmy recently posted..Rasta TTDI
kita sama2 doakan semoga roh arwah atok ditempatkan dikalangan insan2 yg terpilih ya..al fatihah
Kimmy pon kawen muda..sapa cakap kimmy tak sabar, kimmy sekeh..hahaha
Actually, kimmy jawab, kimmy dah rancang sebaiknya apa yg kimmy buat utk life kimmy, tapi akhirnya, Allah juga yg tentukan. Allah knows better.

Kimmy recently posted..Rasta TTDI
ehehe..chii x kata ye..tp kimmy yg mention :p
betul tu..segala yang berlaku sebenarnya..hanya DIA yang tahu